Isnin, 27 Ogos 2012

koleksi serangga



Serangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serangga
Taburan fosil: Devonian Awal[1][2] (tapi lihat teks) – Sekarang
Ikut arah jam dari kiri atas: dancefly (Empis livida), long-nosed weevil (Rhinotia hemistictus), sesorok (Gryllotalpa brachyptera), penyengat Jerman (Vespula germanica), emperor gum moth (Opodiphthera eucalypti), kepinding pembunuh (Harpactorinae)
Ikut arah jam dari kiri atas: dancefly (Empis livida), long-nosed weevil (Rhinotia hemistictus), sesorok (Gryllotalpa brachyptera), penyengat Jerman (Vespula germanica), emperor gum moth (Opodiphthera eucalypti), kepinding pembunuh (Harpactorinae)
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Artropoda
Subfilum:Heksapoda
Kelas:Insecta
Subkelas dan kelas
Plumpollen0060.jpg
Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filumArthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.
Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.
Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.
Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.
Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :-
  • Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks.
  • Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen.
  • Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Kaitan dengan arthropoda lain

Beberapa kumpulan kecil dengan pelan badan yang sama, seperti springtails (Collembola), disatukan dengan serangga dalam Subfilum Hexapod. Serangga sebenar (iaitu, spesies yang dikelaskan dalam Kelas Serangga (Insecta)) dibezakan dengan semua arthropoda lain melalui sebahagiannya melalui ciri-ciri mempunyai ectognathous, bahagian mulut yang terdedah dan mempunyai sebelas (11) segment badan (abdominal). Sebahagian besar spesies, mempunyai sayap ketika dewasa. Arthropod yang tidak terbang, sepertilipangonggokkalajengking dan labah-labah, kadang-kala dikelirukan sebagai serangga berasaskan fakta bahawa kedua-duanya mempunyai bentuk badan yang serupa, berkongsi (sebagaimana kesemua arthropods) rangka luar (exoskeleton) yang bersambung-sambung.

[sunting]Morfologi dan tumbesaran

Serangga mempunyai pelbagai saiz, daripada kurang satu milimeter sehingga kepada 19 sentimeter; misalnya (serangga rantingmempunyai saiz tubuh yang sangat panjang. Serangga memiliki badan bersegmen yang disokong oleh rangka luar yang keras yang sebahagian besarnya terbina daripada kitin. Tubuh terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Kepala memiliki beberapa deria, sepasang antena, sepasang mata kumpuan, dan alat-alat mulut, seperti labrumlabium dan maksila. Toraks memiliki enam kaki, (sepasang bagi setiap segmen) dan sayap (bagi jenis yang mempunyainya). Abdomen memiliki oragn dalam tubuh yang meliputi pelbagai sistem hidup, seperti penghadaman, pembiakan, perkumuhan dan respirasi.
Serangga mempunyai sistem penghadaman yang lengkap. Iaitu dari segi sistem penghadaman mereka secara sasnya mengandungi tiub yang bermula dari mulut sehingga ke dubur, berbeza dengan sistem penghadaman yang tidak lengkap yang terdapat dalam kebanyakan haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata) ringkas. Sistem perkumuhan terdiri daripada tubul Malphigi untuk penyingkiran buangan bernitrogen dan usus belakang untuk pengosmokawalaturan. Pada hujung usus belakang serangga mampu menyerap kembali air bersama potassium dan ion sodium. Dengan itu, serangga biasanya tidak menyingkir air bersama-sama najis mereka, fakta yang membenarkan mereka menyimpan air di dalam badan. Proses penyerapan semula ini membolehkan mereka tahan hidup dipersekitaran panas dan kering.

[sunting]Taksonomi

Serangga dibahagikan kepada dua subkelas: Apterygota dan Pterygota.
Antara jenis serangga termasuk:
  1. Anai-anai
  2. Belalang
  3. Cengkerik
  4. Gegat
  5. Kepinding / pijat-pijat
  6. Kerengga
  7. Kumbang
  8. Kupu-kupu
  9. Kutu
  10. Lalat
  11. Lipas
  12. Lebah
  13. Mentadak
  14. Nyamuk
  15. Penyengat
  16. Pianggang
  17. Rama-rama
  18. Riang-riang
  19. Semut
  20. Pepatung / sibur-sibur
  21. Tebuan

[sunting]Rujukan

  1.  Engel, Michael S.; David A. Grimaldi (2004). "New light shed on the oldest insect"Nature 427 (6975): 627–630.doi:10.1038/nature02291PMID 14961119.
  2.  Rice, C. M., Ashcroft, W. A., Batten, D. J., Boyce, A. J., Caulfield, J. B. D., Fallick, A. E., Hole, M. J., Jones, E., Pearson, M. J., 

1 ulasan: